Sinopsis Hana_Yori_Dango_2

Cerita ini sambung selepas Tsukasa pergi ke New York untuk melanjutkan pelajarannya. Selepas Makino meluahkan isi hatinya bahawa dia suka pada Tsukasa, dia tidak dapat menghubungi selama setahun. Dalam cuti musim Hari Kristmas, Makino membuat keputusan bahawa dia akan pergi ke New York untuk berjumpa dengan Tsukasa dengan pertolongan daripada F4.

Selepas Makino dan F4 berjumpa Tsukasa semula, Tsukasa sudah menjadi orang lain dengan pendirian yang baru dan berbeza dengan yang lama. Makino balik ke Jepun menyesal berjumpa dengan Tsukasa yang baru.

Selepas beberapa bulan, Tsukasa balik ke Jepun untuk menyambut hari jadinya secara besar-besaran anjuran maknya. Makino dijemput ke hari jadinya oleh mak Tsukasa tetapi acara itu menjadi panas apabila mak Tsukasa mengumum pertunangan anaknya dengan anak seorang perusahaan yang kaya iaitu Okawahara Shigeru. Makino terkejut dan masalah baru datang iaitu Rui mulai suka pada dia... Wujud cinta segi empat...

Banyak halangan mereka akan tempuhi dalam hidup mereka... Adakah mereka akan bertahan sampai ke akhir hayat? Itulah dinamakan cinta sejati...

Sumber: wiki.d-addicts.com