Kerjaya Hani_(penyanyi)

EXID

Rencana utama: EXID

EXID secara rasminya membuat kemunculan pertama 15 Februari 2012 menerusi keluaran lagu single pertama mereka, "Whoz That Girl".[6] Pada bulan Februari 2013, Hani bersama-sama Solji membentuk sub-unit, "Dasoni"[7] dan mengeluarkan album single pertama mereka, "Goodbye" pada 15 Februari 2013. Album single ini juga termasuk lagu, "Said So Often".[8]

Pada bulan Ogos 2014, EXID mengluarkan lagu single mereka, "Up & Down". Lagu ini gagal untuk memasuki 100 teratas dalam Carta Gaon. Walau bagaimanapun, lagu ini mula meraih populariti pada lewat bulan November selepas video peminat beliau mempersembahkan lagu ini menjadi viral di beberapa laman sosial.[9][10] Setakat tahun 2017, video viral ini telah ditonton lebih daripada 23 juta kali dalam laman YouTube.

Kerjaya solo

Pada tahun 2014, beliau menyertai barisan ahli utama rancangan tvN, Always Cantare. Pada tahun 2015, beliau muncul dalam video muzik Mad Clown untuk lagu "Fire".[11] Beliau juga menyertai barisan ahli utama Off to School dan Crime Scene. Hani juga dipilih untuk mengacarakan rancangan kecantikan KBS, A Style For You bersama-sama Kim Heechul, Goo Hara dan Yoon Bora.[12] Semasa musim bunga, beliau muncul dalam Soulmates Returns.[13] Beliau juga membuat penampilan kameo dalam The Producers.[14]

Pada 24 Jun 2015, beliau dan Ken dari VIXX mengeluarkan sebuah lagu duet bertajuk "Gap".[15] Pada bulan September 2015, beliau telah dipilih sebagai ahli dalam rancangan varieti Law of the Jungle. Pada bulan Januari 2016, beliau menjadi pengacara Baek Jong-won's Three Great Emperors.[16] Pada bulan Februari 2016, beliau muncul dalam King of Mask Singer.[17] Hani mengalahkan Kim Feel dan Jo Hang-jo sebelum tewas kepada Ha Hyun-woo dari Guckkasten.

Pada 12 Januari 2017, ia telah diumumkan bahawa Hani bersama Luna dari f(x) dan Solar dari Mamamoo akan mengeluarkan sebuah kolaborasi pada 19 Januari.[18] Lagu "Honey Bee" dikeluarkan pada tarikh tersebut menerusi laman Youtube Mystic Entertainment.

Rujukan

WikiPedia: Hani_(penyanyi) http://www.allkpop.com/article/2012/02/exid-reveal... http://www.allkpop.com/article/2015/01/hara-joins-... http://www.allkpop.com/article/2015/06/vixxs-ken-a... http://www.allkpop.com/article/2015/07/hani-wows-w... http://tenasia.hankyung.com/archives/534120 http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://www.koreaboo.com/netizens/hani-wows-with-pe... http://www.melon.com/artist/timeline.htm?artistId=... http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=s... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2017011208...