Latarbelakang Hannah_Yeoh_Tseow_Suan

Dilahirkan di Subang Jaya, Yeoh pernah belajar di SK Seri Subang Jaya, SK SS19 dan SMK Subang Utama, selepas itu beliau menyambung pelajarannya di University of Tasmania, Australia pada tahun 1998 dan memperoleh ijazah undang-undangnya pada tahun 2001. Beliau diiktiraf menjadi peguam oleh Badan Peguam Malaysia pada bulan Januari 2003, dan kemudian mendapat pengiktirafan oleh Mahkamah Agung Tasmania selepas memperoleh Certificate of Legal Practice (Sijil Praktik Guaman) di Tasmania. Yeoh kemudian bertugas sebagai peguam di Petaling Jaya selama tiga tahun sebelum berpindah ke syarikat pengurusan upacara pada tahun 2006.[4]