Sinopsis Hantu_Bonceng_2.0

Kisah bermula dengan Amran dan Kunyit rasa teruja ingin bercuti ke Bukit Fraser bersama rakan-rakan ‘Mat Motor’ mereka. Semasa dalam perjalanan, motor Kunyit mengalami kerosakan. Kemunculan Ayu telah membawa Kunyit dan teman wanitanya, Maya serta Amran bermalam di sebuah hotel lama, manakala rakan-rakan yang lain meneruskan ke destinasi mereka.

Keadaan hotel tersebut agak misteri. Malah, pekerja-pekerja hotel juga mempunyai karakter yang mencurigakan. Menjelang malam, Amran dan Kunyit mengalami pelbagai peristiwa menyeramkan. Amran turut bermimpi tentang seorang wanita yang seakan memberi petunjuk kepada Amran agar membantunya. Keesokannya, mereka dan Ayu cuba menyelesaikan misteri ini. Mereka menemui beberapa bukti dan petunjuk yang mana akhirnya menemukan mereka kepada beberapa siri pembunuhan dan penemuan yang meme-ranjat dan mengerikan.