Filem Hantu_Kak_Limah_(siri_filem)

Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

Husin yang telah 2 tahun bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila sampai ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung bahawa barangkali Kak Limah sudah menjadi hantu.[6]

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013)

Beberapa tahun selepas kejadian filem pertama, Husin telah bangkrap akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang di landa Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM. Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.[7]

Hantu Kak Limah 3 (2018)

Rencana utama: Hantu Kak Limah 3

Husin pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda, Wani dan Yeh Sekupang di kilang arang. Sementara itu, Kak Limah baru sahaja berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati.[8]

Rujukan

WikiPedia: Hantu_Kak_Limah_(siri_filem) http://www.kosmo.com.my/hiburan/hantu-kak-limah-su... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2013/02/07/... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hantu-kak-li... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hantu-kak-li... http://www.utusan.com.my/pendidikan/sastera/mamat-... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub... https://www.budiey.com/sinopsis-hantu-kak-limah-ba... https://www.imdb.com/title/tt1787073/ https://www.imdb.com/title/tt2981728/