Penerbitan Hantu_Nan_Sempit

Hantu Nan Sempit diarahkan oleh Ahmad Idham yang sebelum ini mengarahkan Jangan Pandang Belakang (2007), Adnan Sempit (2010) dan Hantu Bonceng (2011).

Penyanyi, Hazama diberikan peranan utama. Hantu Nan Sempit merupakan filem ketiga Hazama di bawah arahan Idham selepas Apa Celop Toqq... (2012) dan Lari (2013). Azlan Komeng mengendalikan koreografi dan berkhidmat sebagai penyelaras aksi, manakala Khairil Azreen Azmi diberi kepercayaan mereka bentuk poster.