Hanukkah
Hanukkah

Hanukkah

Hanukkah (Bahasa Ibrani: חנוכה‎, juga dieja dengan Chanukah atau Hanukah), juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, ialah perayaan orang Yahudi selama lapan hari bermula pada hari ke-25 dalam bulan Kislev menurut kalendar Yahudi, yang mungkin jatuh pada bila-bila masa daripada akhir bulan November hingga akhir bulan Disember. Perayaan ini meraikan kebaktian semula Haikal Kedua pada masa Pemberontakan Maccabee.Perayaan ini dirayakan dengan menyalakan lampu pada setiap malam perayaan: satu pada malam pertama, dua pada malam kedua dan seterusnya.