Format Happy_Together_(rancangan_hiburan_Korea)

Semasa

Musim 4

Sebelumnya

Musim 1

Musim 1 Happy Together bersiaran selama 4 tahun dari 8 November 2001 hingga 28 April 2005. Ia adalah musim paling popular dalam siri ini, rancangan hiburan paling popular di KBS dari 2002-2004, dan rancangan yang paling banyak ditonton pada malam Khamis. Musim 1 mempunyai beberapa segmen berbeza, yang paling terkenal adalah segmen Metal Tray Karaoke Room dan beberapa segmen lain seperti Metal Tray Drama dan Do Re Mi "Kong Kong Kong". Di awal musim, rancangan ini bertemakan bualbicara dan kuiz di mana pengacara akan berhadapan dengan pelajar-pelajar untuk mendapatkan biasiswa. Kemudian, konsep ini dibatalkan dan segmen Classroom Talk (책가방토크) dan Metal Tray Karaoke Room telah dilaksanakan sebagai segmen tetap. Semasa musim ini, segmen Metal Tray Karaoke Room tidak mengisi keseluruhan episod, maka permainan lain telah ditambah untuk mengisi waktu yang selebihnya. Satu episod sorotan disiarkan pada 28 April 2005 sebagai finale Musim 1, di mana kadar tontonan adalah sedikit lebih rendah daripada biasa.[2]

Slogan: "목요일 밤의 행복한 만남, 해피투게더!" (Thursday nights happy meeting, Happy Together!)

Metal Tray Karaoke Room

Dalam Metal Tray Karaoke Room (쟁반노래방), tetamu akan menyanyikan sebuah lagu (biasanya lagu kanak-kanak) dalam 10 pusingan,tanpa melihat lirik, yang mereka harus menyanyi setiap baris dengan betul. 3 kad peluang disediakan untuk memudahkan cabaran ini, dan dengan segera setelah seseorang didapati membuat kesalahan, dulang logam di atas kepala mereka akan jatuh dan mengena pada mereka. Ini dianggap sebagai hukuman kerana tidak mampu untuk mengingat lirik lagu tersebut.[3]

Metal Tray Drama

Segmen Metal Tray Drama (쟁반극장) menampilkan dua pengacara (Shin Dong-yup, Lee Hyori) dan dua tetamu lain, di mana mereka akan dibahagi menjadi dua pasukan (1 MC, 1 tetamu) dan melakonkan satu babak dari filem atau drama. Biasanya melibatkan gelagat lucu, sesiapa sahaja yang tertawa atau lupa apa yang harus dilakukan (dikenali sebagai NG (no good)) akan dipukul dengan dulang logam.

Do Re Mi Kong Kong Kong

Do Re Mi Kong Kong Kong (도레미 콩콩콩) adalah satu segmen yang memaparkan Do Re Mi 7 Siblings (도레미칠남메) yang mengandungi dua pengacara (Yoo Jae-suk, Kim Je dong) dan lima tetamu lain. Mereka akan cuba memainkan lagu kanak-kanak menggunakan keyboard bersaiz manusia yang tergantung dari siling. Masing-masing diberikan not (Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do) dan diberi empat peluang untuk memainkan lagu dengan betul dengan memukul keyboard dengan kepala mereka. Jika mereka salah, sekumpulan penghukum akan memukul mereka dengan tukul plastik.

Musim 2

Musim 2 telah dikenali sebagai Happy Together Friends (해피투게더 프렌즈), di mana selebriti mencari rakan-rakan sekolahnya (sekolah rendah atau sekolah tinggi). Program ini awalnya bermula sebagai episod perintis yang mula bersiaran pada Februari 2005 bertajuk Friends, diacarakan oleh Yoo Jae-suk, Eugene, dan Tak Jae-hoon. Ia akhirnya digabungkan dengan Happy Together untuk menjadi Happy Together Friends. Musim ini tidak selucu musim sebelumnya, kerana kebanyakan selebriti dan rakan sekolah akan menangis atau menghargai masa mereka bersama, mengurangkan tahap ketawa. Musim 2 bersiaran dari 5 Mei 2005 hingga 21 Jun 2007. Musim 2 tidak sepopular seperti Musim 1 tetapi masih mendapat kadar tontonan yang biasa (10-18%). Dalam Happy Together Friends, 2 selebriti mencari 5 rakan sekolah mereka dari sekumpulan 25-40 orang yang hadir sebagai hadirin. Hadirin ini terdiri daripada rakan-rakan sekolah selebriti undangan tersebut dan rakan palsu yang bertujuan untuk mengelirukan selebriti itu nanti. Selebriti undangan ini pula akan diasingkan dari hadirin di bilik lain bersama pengacara lain. Selebriti punya 2 pusingan untuk mencari rakan, teman-teman mereka akan berbicara tentang peristiwa masa lalu dan cerita-cerita menarik, di mana selebriti akan menjadikan ia petunjuk untuk mencari rakan tersebut. Namun, selebriti hanya mampu melihat skrin pengacara dan bukan hadirin itu.

Slogan: "친구가 있어, 행복한 목요일, 해피투게더 프렌즈!" (Because friends are here, Thursday is happy, Happy Together Friends!)

Study Quick, If Incorrect, Metal Trays Will Hit!

Dalam permainan ini, Study Quick, If Incorrect, Metal Trays Will Hit! (벼락치기, 달달 외워~ 못 외우면 쟁반 맞아!) atau dalam episod perintis Study Quick, If Incorrect, Raise Your Hands! (벼락치기, 달달 외워~ 못 외우면 손들어!), dua selebriti dan teman-teman mereka akan bersaing untuk mendapatkan makan malam percuma selepas habis rakaman supaya mereka boleh berbual sesama sendiri. Objektif permainan ini adalah untuk mengenal pasti objek tertentu/orang selepas belajar selama 30 minit. Gambar objek/orang akan diletakkan di atas satu tali pinggang penghantar dan melalui peserta ketika mereka memakai fon kepala, mereka mesti teka dengan betul atau akan dipukul dengan dulang logam (atau dipaksa untuk mengangkat tangan mereka dalam episod perintis). Pasukan dengan mata terbanyak akan memenangi makan malam percuma. Permainan ini hanya dimainkan sebanyak 4 kali (termasuk episod perintis).

Musim 3

Musim 3 yang dikenali sebagai Happy Together: Let's Go To School (해피투게더 학교가자), di mana 4 pengacara berpakaian seperti perempuan (kecuali Shin Bong-sun, kerana beliau seorang wanita), dan mengikuti permainan-permainan bertemakan sekolah dan segmen dari Musim 1, di mana pengacara akan bermain dengan pelajar sekolah dalam satu kuiz untuk mendapatkan biasiswa. Ini bermula pada 5 Julai 2007. Konsep ini terbukti tidak popular dan dibatalkan selepas 3 minggu. Sekarang, rancangan ini dikenali sebagai Happy Together Season 3 di mana ia mempunyai segmen Challenge! Memorize Song dan That's You! (그건 너!). 2 segmen ini terbukti popular dan kadar tontonan telah kembali ke norma biasa. That's You! telah digantikan oleh What is that! (이건 뭐!), di mana tetamu membawa item berharga mereka, dan Don't Laugh in the Sauna!, menyertai 2 lagi segmen yang dirakam di dalam sebuah sauna. Pada awal tahun 2009, Challenge! Memorize Song telah dibatalkan untuk menjimatkan masa. Hanya Don't Laugh in the Sauna! yang dikekalkan, dan diikuti oleh segmen Star Quiz How is that Possible! (스타퀴즈 세상에이럴수가!) yang merupakan kuiz tentang tetamu untuk produk harian. Pada 25 April 2017, rancangan ini akan diubah format, satu perubahan signifikan adalah rancangan ini akan menjadi satu siri 2 bahagian kerana terlebih rakam.

Slogan: "함께하면 더욱 행복한 목요일 밤, 해피투게더!" (Thursday night that will be happier if spent together, Happy Together!)

Challenge! Memorize Song

Challenge! Memorize Song (도전! 암기송) dirakam di dalam sebuah sauna, di mana pengacara dan tetamu perlu menyanyikan sebuah lagu (berkaitan dengan keadaan semasa peserta) dengan betul untuk melepaskan diri dari sauna tersebut. Ia merupakan satu bilik panas atau bilik wap di dalam sauna tersebut. Siapa yang dapat melepaskan diri boleh menikmati makanan dan minuman sementara menonton orang-orang lain yang masih belum keluar. Orang terakhir yang tinggal dianggap kalah dan perlu menerima urutan yang menyakitkan sebagai hukuman.

Don't Laugh In The Sauna!

Dalam segmen Don't Laugh In The Sauna! (웃지마! 사우나), para pengacara akan berbual dengan tetamu jemputan dalam satu dialek "kelakar" untuk membuatkan tetamu ketawa. Perbualan sebegini berkisar tentang apa yang "ibu Korea" (아줌마) selalu bualkan, siapa yang ketawa akan ditembak dengan senapang air. Setiap orang mempunyai mangkuk lutsinar untuk melindungi muka dari terkena siraman air. Segmen ini dirakam di bahagian bilik lokar atau biik persalinan sauna tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Happy_Together_(rancangan_hiburan_Korea) http://www.allkpop.com/article/2014/12/yoo-jae-suk... http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2015/12/... http://sports.chosun.com/news/news.htm?id=20181101... http://sports.donga.com/list/3/02/20181001/9220474... http://tenasia.hankyung.com/archives/1607104 http://isplus.live.joinsmsn.com/news/article/artic... http://www.sedaily.com/NewsView/1S60XLQTX3 http://www.asiae.co.kr/news/view.htm?idxno=2010122... http://www.asiae.co.kr/news/view.htm?idxno=2011122... http://www.kbs.co.kr/2tv/enter/enter10/prize/index...