Hari Gawai
Hari Gawai

Hari Gawai

Hari Gawai Dayak merupakan pesta tahunan yang disambut oleh orang Dayak di Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia pada 31 Mei dan 1 Jun. Pesta ini merupakan cuti umum di Sarawak dan majlis keagamaan dan sosial yang diiktiraf sejak 1957.Hari Gawai Dayak merupakan konsep yang dibawa oleh penerbit radio, Tan Kingsley dan Owen Liang daripada komuniti Dayak. Kerajaan kolonial British enggan mengiktiraf Hari Dayak sehingga 1962. Mereka hanya memanggilnya sebagai Hari Sarawak dengan melibatkan semua orang Sarawak sebagai hari kebangsaaan, tanpa mengira asal etnik. Pada 1 Jun 1963, Datuk Michael Buma, anak jati Betong, menganjurkan sambutan Hari Gawai Dayak yang pertama di rumahnya di Siol Kandis, Kuching. [1] Pada 25 September 1964, Hari Sarawak telah diwartakan sebagai cuti umum bagi memaklumkan pembentukan Persekutuan Malaysia. Cuti umum ini mula disambut pada 1 Jun 1965 dan menjadi simbol perpaduan, hasrat dan harapan komuniti Dayak. Pesta ini disambut sebagai hari kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah-ruah dan masa untuk merancang musim penanaman yang baru.

Hari Gawai

Diamalkan pada Sarawak, Kalimantan Barat
Kekerapan tahunan
Juga dipanggil Ari Gawai (Iban), Andu Gawai (Bidayuh)
Tarikh 1 Jun
Perayaan Gawai Dayak
Tamat 1 Jun
Jenis Pesta keagamaan, sosial, etnik tradisional
Bermula 31 Mei
Nama rasmi Hari Gawai Dayak