Hari_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu
Hari_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Hari_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diperingati pada 24 Oktober setiap tahun untuk memperingati pemeteraian Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Piagam tersebut dideklarasikan pada tahun 1947 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Hari PBB diraikan untuk memberitahu kepada masyarakat mengenai tujuan dan pencapaian PBB.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu secara kebiasaannya diraikan di seluruh dunia dengan berbagai pertemuan, perbincangan, dan pameran mengenai pencapaian dan tujuan dari PBB. Pada tahun 1971, Perhimpunan Agung PBB mencadangkan kepada negara-negara anggota untuk menjadikan hari ini sebagai hari cuti.Beberapa sekolah antarabangsa di seluruh dunia juga meraikan kepelbagaian murid-muridnya dengan Hari PBB. Perayaan ini sering kali melibatkan pertunjukan budaya di malam hari dan pesta makanan yang menyediakan makanan dari seluruh dunia.

Hari_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Juga dipanggil Hari PBB
Tarikh 24 Oktober
Kekerapan tahunan
Perayaan Pertemuan, perbincangan, pameran, persembahan kebudayaan
Berkaitan dengan Hari Pembangunan Maklumat Dunia
Nama rasmi Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Jenis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu