Harlem

Harlem ialah sebuah kawasan kejiranan besar di dalam bahagian utara daerah Manhattan Bandar Raya New York. Harlem dikenali sebagai pusat pendudukan, kebudayaan dan perniagaan orang Amerika-Afrika semenjak tahun 1920-an. Berasal sebagai sebuah kampung Belanda pada tahun 1658,[1] daerah ini dinamakan sempena kota Haarlem di negeri Belanda. Sejarah Harlem dikaitkan dengan kitaran kepesatan dan kemerosotan ekonomi (boom-and-bust), dengan diiringi pengalihan penduduk yang signifikan pada setiap kitaran.[2]