Malaya Harold_Rowdon_Briggs

Pada 1950 Briggs dipanggil kembali ketugas aktif oleh Slim, yang pada masa itu merupakan Ketua Staf untuk Staf Imperial Umum, untuk menjadi sebagai Direktor Operasi di Persekutuan Tanah Melayu ketika berlaku Darurat Tanah Melayu. Perlaksanaan Rancangan Briggs dianggap sebagai faktor utama dalama kejayaan pihak berkuasa ke atas pemberontak Parti Komunis Malaya. Dikatakan pada Briggs: "Dia percaya bahawa terdapat 'dua matlamat utama' perlu dicapai bagi mengakhiri kebangkitan -- pertama, bagi melindungi penduduk, dan kedua mengasingkan mereka daripada gerila."

Pada 1951 Briggs sekali lagi bersara ke Cyprus tetapi, kesihatannya terjejas oleh tempoh perkhidmatannya di Malaya, dan dia meninggal dunia pada 1952. Peranannya sebagai Direktor Operasi di Malaya diambil alih oleh Sir Gerald Templer yang mengendali kejayaan perlaksanaan rancangan Briggs.