Kerjaya Haron_Din

  • Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
  • Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
  • Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
  • Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
  • Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
  • Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
  • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
  • Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
  • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Dakwah

  • Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulamak Malaysia (1976-1977)
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (1977-1980)
  • Ahli Jawatankuasa Sambutan Maal Hijrah ke 15, Kementerian Kesenian, Belia dan Sukan (1979)
  • Ahli Jawatankuasa Pameran Kemajuan Islam, Muzium Negara 1979
  • Ahli Jawatankuasa Panel Penasihat Pusat Pendidikan Islam, ITM
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Jabatan Agama Islam Perlis
  • Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (Tabung Haji/Pusat Islam)
  • Penasihat Kebajikan Kakitangan Pekerja-Pekerja islam PORIM Malaysia
  • Ahli Jawatankuasa Pentadbir Kem Ampang Pecah Yayasan Selangor Darul Ehsan
  • Penasihat Darul Fitrah Kuala Lumpur
  • Penasihat Lembaga Madrasah Islahiah Bohor Mali Kayang, Perlis
  • Penasihat Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, UKM
  • Penasihat al-Hunfa’ Wilayah Persekutuan
  • Penasihat Institut MINDA Kuala Lumpur
  • Ahli Jawatankuasa Kesepakatan Kenaikan Pangkat Profesor dan Profesor madya, Fakulti Pengajian Islam, UKM
  • Ahli Jawatankuasa Mengkaji Kedudukan Jabatan/Agama Islam Negeri
  • Ahli Jawatankuasa Mengkaji Sukatan Pelajaran KeIslaman di Kementerian dan Jabatan Kerajaan
  • Ahli Jawatankuasa Pengawasan Yayasan al-Islahiah Bohor Mali, Perlis
  • Ahli Jawatankuasa Pengawasan Yayasan al-Muhammady Kayang, Perlis
  • Penasihat Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia (Darussyifa’) (1988 – kini)
  • Pengerusi Kluster Dakwah, Majlis Perundingan Islam Malaysia (2016 – kini)

Aktiviti Pengajian Agama

  1. Kelas pengubatan Islam seminggu sekali di Darussyifa’ pada setiap malam Selasa.
  2. Kelas pengajian untuk golongan professional pada setiap malam Jumaat di Petaling Jaya (Seksyen 14). Bermula sejak tahun 1985
  3. Kelas pengajian di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali
  4. Memberi bimbingan Kursus Haji kepada bakal-bakal haji (terutama pada musim haji) di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
  5. Memberi ceramah di kediaman Y.B. Menteri Besar Selangor untuk kakitangan kerajaan, terutama ketua-ketua Jabatan di seluruh Selangor, pada setiap hari Rabu, minggu keempat setiap bulan bermula pada awal tahun 1988
  6. Memberi ceramah di Masjid Baitul Aman, Jalan Damai, Kuala Lumpur pada setiap Rabu malam. (Minggu kedua setiap bulan)
  7. Memberi cermah di seluruh Malaysia termasuk di Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Masjid-Masjid dan Surau-Surau.
  8. Ceramah bersiri di Masjid Darul Ghufran, Singapura.
  9. Mengambil bahagian dalam siri Ehwal Islam Radio Televesyen Malaysia (RTM) (Rancangan Mingguan) sejak tahun 1990
  10. Mengambil bahagian dalam Rancangan Visi Suci , Radio Televesyen Malaysia (RTM).
  11. Program Lintas Lansung Malaysia – Brunei Darussalam dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia, Radio Televesyen Malaysia (RTM)
  12. Sering diundang dalam ‘Malaysia Hari Ini’ (MHI) di TV3
  13. Sering diundang dalam Radio Malaysia Ibukota (siaran pagi)
  14. Sering diundang dalam rancangan-rancangan agama di Radio Malaysia Ipoh
  15. Sering diundang dalam rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Kuantan
  16. Sering mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Kedah
  17. Sering diundang dalam rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Perlis
  18. Memenuhi Program Ceramah yang diaturkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Brunei Darussalam
  19. Sering diundang bahagian dalam rancangan-rancangan sempena perayaan-perayaan keagamaan di seluruh pelusuk tanah air
  20. Siri kuliah yang sedang berlangsung:
    • Kuliah Maghrib bulanan - Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
    • Kuliah Dhuha bulanan – Kompleks Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi
    • Kuliah Dhuha bulanan – Masjid Al-Falah, USJ
    • Kuliah Maghrib bulanan – Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
    • Kuliah Maghrib bulanan – Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong
    • Kuliah Dhuha bulanan – Dataran HIG, Pulau Langkawi
    • Kuliah Maghrib bulanan – Masjid An-Nawawi, Pulau Langkawi