Harry_&_Bunnie

Harry & Bunnie adalah siri animasi televisyen yang dicipta oleh syarikat yang berpusat di Malaysia, Animasia Studio. Ia mengkisahkan seorang ahli silap mata muda bernama Harry yang membuat helah ajaib untuk menarik perhatian kawan-kawannya, tetapi sentiasa berakhir dengan kegagalan. Sementara itu, Bunnie seekor arnab untuk persembahannya selalu mengacau beliau sehingga mencuri perhatian sambil melakukan sebuah misi yang bertujuan untuk mencuri tongkat sihir Harry. Harry sentiasa membuat rancangan untuk mengambil tongkatnya kembali tetapi sentiasa gagal pada akhir cerita.[1]Rancangan ini adalah jenis komedi tiada dialog slapstick dengan bilangan 78 episod bersama 7 minit pada setiap satunya. Rancangan ini kini ditayangkan di Disney Channel di berbagai negara di seluruh Asia, pelbagai saluran di China serta Netflix untuk seluruh dunia.[2][3]

Harry_&_Bunnie

Bahasa Tiada dialog
Negara asal Malaysia
Lagu pembukaan “Harry and Bunnie”
Pengarah ahLoong
Diikuti oleh Harry & Bunnie Musim 2 (Dalam pembikinan)
Format gambar 2D High End Flash
Pengarah kreatif Cheong Siew Wai
Syarikat penerbitan Animasia Studio
Tempoh siaran 7 minit
Pencipta
  • Edmund Chan
  • Raye Lee
Bilangan episod 78 (Senarai episod)
Genre Komedi Slapstick
Bilangan musim 1
Saluran asal Disney Channel South East Asia