Harry_James_Potter
Harry_James_Potter

Harry_James_Potter


Harry James Potter (lahir 31 Julai 1980) adalah seorang anak ahli sihir rekaan yang merupakan protagonis dalam siri novel khayalan dan sihir hasil penulisan J. K. RowlingBeliau merupakan anak tunggal kepada James Potter dan Lily Potter. Harry mewarisi mata ibunya yang hijau terang dan rambut bapanya yang berserabai. Pada usia mudanya, Harry digambarkan sebagai orang yang kecil dan kurus. Dia juga mempunyai parut di dahinya yang berbentuk panahan kilat. Parut itu adalah akibat sumpahan membunuh Lord Voldemort ke atasnya pada malam 31 Oktober 1981 yang pada malam yang sama turut membunuh ibu bapanya serta memusnahkan rumahnya.Harry belajar di Sekolah Sihir Hogwarts dan bersahabat baik dengan Ronald Weasley dan Hermione Granger.Harry Potter telah dilakonkan oleh Daniel Radcliffe dalam semua filem Harry Potter hingga kini.