James Potter merupakan bapa kepada
Harry Potter dan suami kepada
Lily Evans. Berbeza dengan Lily, James adalah berketurunan sihir tulen. James Potter dilahirkan pada tahun 1959 di
England.James juga bersekolah di
Hogwarts dari tahun 1970 dan tamat pada tahun 1977. Sama seperti Harry, James juga masuk ke rumah
Gryffindor. Di
Hogwarts, James bersahabat dengan
Sirius Black,
Remus Lupin, dan
Peter Pettigrew. Bersama Sirius, James juga terkenal sebagai pelajar yang aktif dan tidak kurang juga nakal. Mereka berdua sering diibaratkan seperti adik-beradik kembar kerana sering bersama. James turut menumpangkan Sirius di rumahnya ketika cuti musim panas dan ketika SIrius melarikan diri daripada rumah. Kedua-duanya sering dikenakan hukuman dan tahanan. walau bagaimanapun, mereka masih berhubung walaupun dikenakan tahanan di tempat yang berbeza dengan menggunakan cermin dua arah. Antara tiga orang sahabatnya, James lebih rapat dengan Sirius. Sirius juga merupakan pengapit James ketika berkahwin dengan Lily dan merupakan pemegang rahsia keluarga Potter (sebelum diberikannya kepada
Peter Pettigrew untuk mengaburi
Lord Voldemort).James seorang pemain
Quidditch di sekolah dan menjadi Seeker bagi pasukan Gryffindor. Dia kelihatan sering bermain dengan Snitchnya. James Potter juga merupakan
animagus yang tidak berdaftar. Dia mampu bertukar kepada bentuk rusa jantan sehingga diberi nama samaran "Prongs" oleh ketiga-tiga sahabatnya. Mereka turut yang menciptakan (Peta Penjarah) yang dapat memperlihatkan seluruh kawasan
Hogwarts dan sekitarnya, termasuk kedudukan semua orang di dalam
Hogwarts.Ketika zaman peperangan dengan
Lord Voldemort dan
Death Eaternya, James dan Lily menganggotai
Kumpulan Phoenix yang diketuai oleh
Albus Dumbledore. Kedua-duanya diceritakan berjaya melepaskan diri daripada
Lord Voldemort sebanyak 3 kali.James Potter tinggal di
Godric's Hollow bersama isteri dan anaknya dan dia bersama pasagannya kemudian dibunuh di sana pada
31 Oktober 1991 oleh
Lord Voldemort sendiri yang menyebabkan Harry menjadi yatim piatu.