Harry_Potter_and_the_Sorcerer's_Stone_(filem)
Harry_Potter_and_the_Sorcerer's_Stone_(filem)

Harry_Potter_and_the_Sorcerer's_Stone_(filem)

Harry Potter and the Philosopher's Stone (juga dikenali sebagai Harry Potter and the Sorcerer's Stone di Amerika Syarikat)telah dianggap sebagai sebuah filem yang berjaya pada 2001, yang diasaskan oleh cerita rekaan dengan nama Harry Potter and the Philosopher’s Stone oleh pengarang yang paling laris jualan bukunya, J.K. Rowling.Ajensi Warner Brothers membawa cerita ini ke layar perak tak berapa lama sebelum jualan buku itu meningkat. Filem ini dibuat di Leavesden Film Studios dan ditayangkan pada 2001. Filem ini merupakan sekuel pertama yang bakal diikuti dengan sequel-sequel seterusnya. Dicadangkan mereka akan menggunakan para pelakon yang sama memandangkan para pelakon utama turut membesar seiring dangan watak mereka.Filem ini mengaut keuntungan sebanyak AS$950 juta pada keseluruhan box office (dan berada di kedudukan keempat selepas filem "Titanic", "The Lord of the Rings: The Return of the King") dan "Pirates of the Carribean: Dead Man's Chest" dan menerima tiga pencalonan di Anugerah Akademi Oscar.J. K. Rowling menegaskan yang seluruh pelakon perlu berbangsa British (kecuali Dumbledore dan Seamus Finnigan yang kedua-duanya dilakonkan oleh Richard Harris dan Devon Murray, berbangsa Ireland, dan Madam Hooch yang dilakonkan oleh Zoe Wanamaker yang dilahirkan di Amerika Syarikat dan menetap di UK) untuk mengekalkan kesinambungan budaya di dalam buku dan juga filem lalu beliau mengesahkan lakonlayar yang di buat oleh Steve Kloves.Tagline: "Journey beyond your imagination" (Pengembaraan melampaui bayangan anda), "The Magic Begins Soon" (Keajaiban Bermula Tidak Lama Lagi) dan "Let The Magic Begin" (Biarkan Keajaiban Bermula).