Kerjaya Harry_Solter

Solter memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 1908 bersama Biograph Studios. Pada tahun yang sama beliau bertemu dengan pelakon Florence Lawrence ketika membintangi filem Romeo and Juliet untuk Vitagraph Studios dan mereka berkahwin pada 30 Ogos pada tahun yang sama. Pada tahun 1909, Solter mula bekerja dengan Carl Laemmle sebagai pelakon dan juga pengarah. Selama 9 tahun, beliau telah mengarahkan 148 buah filem senyap.

Pada tahun 1912, Solter dan isterinya membina Victor Studios di Fort Lee, New Jersey dan menjualnya kepada Carl Laemmle setahun kemudian, yang menggabungkan studio-studio perfileman menjadi kolosal Universal Film Manufacturing Co.. Solter meneruskan pengarahan filem sehingga tahun 1918 apabila beliau mengalami masalah kesihatan. Dengan kekayaan yang diperoleh, berjaya membeli ladang yang telah menjadi idamannya sejak dahulu di River Vale, New Jersey.[1][2]