Asal-usul Hawalah

Hawalah berasal daripada undang-undang Islam, dan disebut dalam teks-teks perundangan Islam seawal kurun ke-8. Hawalah itu sendiri kemudiannya mempengaruhi perkembangan agensi dalam common law dan dalam undang-undang sivil (undang-undang peribadi) seperti aval dalam Undang-undang Perancis dan avallo dalam undang-undang Itali. Istilah-istilah aval dan avallo itu sendiri terbit daripada istilah Hawalah. Pemindahan hutang yang "tidak dibenarkan dalam undang-undang Rom namun diamalkan secara meluas di Eropah pada zaman pertengahan, terutamanya dalam transaksi komersial", adalah disebabkan perluasan "perdagangan yang dijalankan oleh bandar-bandar Itali dengan dunia Islam pada Zaman Pertengahan." Agensi juga merupakan "sebuah institusi yang tidak dikenali dalam undang-undang Rom" yang menetapkan bahawa "individu tidak boleh membuat kontrak pengikat bagi pihak orang lain sebagai ejen." Dalam undang-undang Rom, "pemegang kontrak itu sendiri dianggap sebagai pihak bagi kontrak itu dan ia mengambil kontrak kedua antara orang yang bertindak bagi pihak prinsipal dan pihak yang kemudian untuk memnindahkan hak-hak dan kewajipan yang terbit daripada kontrak itu kepadanya." Di pihak yang lain, undang-undang Islam dan common law terkemudian "tidak mempunyai masalah untuk menerima agensi sebagai satu institusi dalam bidang kontrak khususnya dan kewajipan umumnya." [1]

Rujukan

WikiPedia: Hawalah http://works.bepress.com/charles_bowers/1/ http://everything2.com/e2node/hawala http://freedom.orlingrabbe.com/lfetimes/hawala.htm http://www.treas.gov/offices/enforcement/key-issue... http://www.interpol.int/Public/FinancialCrime/Mone... http://www.johnfwilson.net/resources/Hawala+Occasi... http://web.archive.org/web/20040824235238/http://w... //doi.org/10.2307%2F839667 http://siteresources.worldbank.org/SOUTHASIAEXT/Re... http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/bradford/656484...