Kehidupan Hazairin

Hazairin menamatkan pendidikannya di Sekolah Tinggi Perundangan Jakarta (Recht Hoge School). Setelah menamatkan pengajian, Hazairin bekerja sebagai Ketua Hakim Negeri Tapanuli Selatan (1938-1945). Pada April 1946, beliau diangkat sebagai Residen Bengkulu. Ketika menjawat sebagai residen, beliau mengeluarkan wang kertas yang dikenali sebagai "Wang Kertas Hazairin." Selepas revolusi fizik berakhir, beliau diangkat menjadi Ketua Bahagian Perundangan Sivil Kementerian Kehakiman. Pada Kabinet Ali Sastroamidjojo I (1953-1955), Hazairin diangkat menjadi Menteri Dalam Negeri.

Selain terjun di dunia politik, beliau juga menjadi Guru Besar Hukum Adat dan Hukum Islam di Universiti Indonesia. Beliau dikebumikan di TMP Kalibata, Jakarta. Atas jasa-jasanya, pada tahun 1999, pemerintah Indonesia mengangkat Hazairin sebagai Pahlawan Nasional.[1]