Sinopsis Heart_(Filem)

Filem ini menceritakan tentang Rachel (Nirina Zubir) seorang gadis tomboy, enerjik, berpenampilan cuek dan penuh inisiatif, sementara Farrel (Irwansyah), pemuda tampan, kreatif dan apa adanya. Keduanya menghabiskan masa kecil mereka bersama-sama sehingga dewasa.

Suatu hari disebuah kedai buku, Farrel bertemu dengan seorang gadis penulis komik bernama Luna (Acha Septriasa). Farrel jatuh cinta pada pandangan pertama dan mengharapkan Rachael untukmembantunya meluluhkan hati Lunna. Tiba-tiba Rachel merasa cemburu, perasaan yang tidak pernah ia rasakan sebelumnya. Lambat-laun ia mengubah penampilannya menjadi feminim dengan maksud mencari perhatian Farrel.

Suatu hari tanpa disengaja Rachel mendapati Farrel dan Luna berciuman dan ia pun berlari tanpa tujuan. Akibatnya ia tertabrak dan kakinya harus diamputasi. Pada waktu yang sama, Luna jatuh sakit dan dirawat di hospital yang sama dengan Rachael. Disanalah Rachel mengetahui betapa besar cinta Farrel kepada Luna, dimana ia memerlukan penderma hati untuk bertahan hidup.

Rachel akhirnya bersedia mendermakan hatinya untuk Luna jika ia sudah meninggal. Farrel dan Luna menikah, dan ketika mereka bermain ditempat Farrel dan Rachel biasa bermain, Farrel naik keatas rumah pokok yang dibuatnya dengan Rachel dan terkejut ketika mendapati tulisan "Rachel love Farrel" disana. Farrel pun baru sedar bahawa Rachael menyukainya sejak kecil.

Filem diakhiri ketika Farrel menangis diatas rumah pokok itu, selagi suara Rachel menarasikan dialog terakhir dari filem, bahawa dengan mendermakan hatinya pada Lunna, Rachel boleh terus hidup sebagai hati yang peduli terhadap Farrel.