Hebron
Hebron

Hebron

Hebron (Bahasa Arab: الخليل‎,  al Khalīl (bantuan·maklumat); Bahasa Ibrani: חֶבְרוֹן‎  Ḥevron (bantuan·maklumat)) merupakan sebuah bandar di kawasan Tebing Barat, Palestin yang dicerobohi Israel. Di sinilah terletaknya Bukit Hebron. Hebron didiami oleh 166,000 penduduk Palestin dan seramai 700 penduduk Israel. Ia dianggap bandar kedua paling suci oleh penganut agama Yahudi selepas Baitulmuqaddis. Nama "Hebron" berasal daripada perkataan bahasa Ibrani Haver, yang bermaksud "rakan". Dalam bahasa Arab pula, nama "al-Khalil" berasal daripada إبراهيم الخليل (Ibrahim al-Khalil) yang merujuk kepada Allah memilih Nabi Ibrahim a.s. sebagai rakan-Nya menurut agama Islam.Hebron terkenal kerana merupakan lokasi Al-Haram Al-Ibrahimi (bahara Arab: الحرم الإبراهيمي, bahasa Ibrani: מערת המכפלה, Me'arat HaMachpela, bahasa Inggeris: Cave of the Patriarchs), sebuah tempat suci bagi agama agama Yahudi, Kristian dan Islam. Al-Haram Al-Ibrahimi merupakan makam Nabi Adam a.s. dan Hawa (Adam dan Eve), Nabi Ibrahim a.s. dan Sara (Abraham dan Sarah), Nabi Ishak a.s. (Isaac dan Rebekah) dan Nabi Ya'akub a.s. (Jacob dan Leah). Terletak 30 km selatan dari Baitulmuqaddis, hasil Hebron terkenal termasuklah anggur, batu kapur, tembikar dan barang kaca hiasan. Di sini juga terdapat dua universiti, iaitu Universiti Hebron dan Universiti Politeknik Palestin.