Helikopter_terhempas_di_Sungai_Lingga_2012

Helikopter terhempas di Sungai Lingga 2012 merujuk kepada kejadian helikopter milik syarikat Sebiro Holdings jenis Eurocopter EC 120 terhempas dekat muara Sungai Lingga, Sri Aman , Sarawak, Malaysia pada 19 Julai 2012. Helikopter itu milik usahawan terkenal Datuk Sng Chee Hua, Sebiro Holding.[1]Pasukan Bomba, Pasukan Gerakan Marin PDRM , Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Pnerbangan Awam melakukan operasi mencari dan menyelamat [2]. Juruterbang berbangsa Jerman, Rico Stiger ditemui selamat. Sementara tiga penumpang iaitu Peter Atoh Mayau, 53 (jurutera kanan), Henry Loh, 40 (arkitek) dan Siti Khuzaimah Anwar, 26 (juruukur bahan) dicari.