Sejarah Hello!_Pro_Kenshuusei

2004-2011

Pada Jun 2004, 32 pemenang telah dipilih dari 10,570 orang dalam Hello! Pro Egg Audition. Februari 2006, ujibakat kedua telah dijalankan dan tiga orang pemenang telah terpilih.

Sejak ahli yang diambil oleh Tsunku, termasuk Maeda Irori, Kikkawa Yuu, dan Lin Lin.

Ahli Hello! Pro Egg setengahnya adalah penari di setiap konsert Hello! Project. Setengahnya lagi menjdi pelakon drama, dan muzikal. Satu unit baru ditibuhkan oleh Hello! Pro Egg iaitu: Tomoiki Ki wo Uetai.

Setengah ahlinya juga telah dimasukkan ke dalam pasukan futsal Hello! Project, Gatas Brilhantes H.P.: Korenaga Miki dan Mutou Mika menjadi pemain sepenuh masa sementara, Mano Erina, Noto Arisa, Sawada Yuri, dan Sengoku Minami sebagai pemain sahaja.

Pada Januari 2008, Korenaga Miki keluar dari Hello! Pro Egg untuk terus bersama Gatas Brilhantes H.P. dan Ongaku Gatas. Noto Arisa mengambil alih tugasnya sebagai ketua Hello! Pro Egg.

Akan datang, Mano Erina akan keluar pada 29 Mac 2008 dan akan menjadi artis solo yang terbaru dan Kikkawa Yuu dan Kitahara Sayaka dimasukkan dalam kumpulan terbaru Hello! Project, bersama ahli Morning Musume, Kusumi Koharu yang dinamakan Milky Way yang akan mengeluarkan single pada penhujung April 2008.

Pada 20 September 2008, Wada Ayaka, Maeda Yuuka, Fukuda Kanon, dan Saho Akari telah dimasukkan dalam kumpulan Shugo Chara Egg. Kumpulan ini bertujuan menyanyikan lagu pembukaan anime Shugo Chara! manakala kumpulan Buono! menyanyikan lagu penutup.

Shugo Chara Egg telah mengeluarkan 2 single dan kemudian diganti oleh kumpulan Guardians 4 yang menyanyikan kedua-dua pembukaan dan penutupan anime tersebut. Tsunku telah membuat pengumuman bahawa satu unit baru akan ditubuhkan dan berkemungkinan mereka akan keluar dari Hello! Pro Egg sebagai ahli penuh Hello! Project. Tsunku memilih Wada Ayaka, Maeda Yuuka, Fukuda Kanon, dan Ogawa Saki sebagai ahli kumpulan tersebut. Namun Tsunku berkata selain 4 orang yang dipilih, berkemungkinan beliau akan menambah atau mengurangkan ahli kumpulan tersebut.

Komine Momoka, Wada Ayaka, Maeda Yuuka, Fukuda Kanon, Sekine Azusa, dan Ogawa Saki telah muncul dalam video klip Mano Erina iaitu Hajimete no Keiken yang merupakan single ke-2nya sebagai penari latar.

Pada 4 April 2009, Sezaki Azusa dan Satou Ayano telah diperkenalkan di konsert 2009 Hello! Project Shinjin Kouen 4gatsu ~Yokohama HOP~. Ayano telah muncul dalam majalah De*View bersama-sama dengan Noto Arisa dan Kaneko Rie. Hirano Tomomi dan Katsuta Rina telah diperkenalkan pada 7 Jun 2009 di konsert 2009 Hello! Project Shinjin Kouen 6gatsu ~Nakano STEP~. Di konsert 2009 Hello! Project Shinjin Kouen 11gatsu ~Yokohama FIRE~, Takagi Sayuki telah diperkenalkan pada 23 November 2009. Dua hari selepas Sayuki diperkenalkan, Tanabe Nanami telah diperkenalkan dalam sebuah majalah dimana ujibakat untuk ahli keempat Shugo Chara Egg! diadakan. Nanami telah menjadi ahli Shugo Chara Egg! menggantikan Wada Ayaka.

Pada tahun 2010, tiga anggota baru telah diumumkan masuk dalam Hello! Pro Egg--Kizawa Runa, Nagasawa Wakana dan Kudou Haruka. Kemudian, ujibakat untuk anggota generasi kesembilan Morning Musume, Tsunku anggota Hello! Pro Egg berumur antara 13-17 layak untuk menyertai ujibakat itu dan secara automatiknya telah lepas pusingan pertama.

Pada Penghujung 2010, telah diumumkan bahawa Sengoku Minami dan Kikkawa Yuu telah tamat pengajiannya di Hello! Pro Egg dan Kikkawa akan membuat persembahan semasa pembukaan konsert Hello! Project awal tahun 2011. Juga diumumkan semasa konsert itu bahawa Fukumura Mizuki akan menyertai Morning Musume sebagai anggota generasi kesembilan.

Pada 10 September 2011, telah diumumkan bahawa bakal anggota S/mileage, Kosuga Fuyuka akan meninggalkan kumpulan itu kerana kesakitan yang dialami (severe anemia), tetapi Fuyuka akan kembali ke Hello! Project sebagai anggota Hello! Pro Egg selepas sembuh. Pada 29 September, telah diumumkan Kudou Haruka akan menyertai Morning Musume sebagai anggota generasi ke-10.

2012

Pada Januari 2012, nama Hello! Pro Egg di tukarkan kepada Hello! Pro Kenshuusei.

Pada Mac 2012, konsert pertama dibawah nama "Kenshuusei", Kosuga Fuyuka telah kembali ke Hello! Project dan Uemura Akari diperkenalkan kepada umum. Sebulan kemudian, semasa konsert pada April 2012, telah diumumkan anggota terbaru; Murota Mizuki.