Hello_Counselor

Hello Counselor (Hangul: 안녕하세요; RR: Annyeonghaseyo) adalah sebuah rancangan hiburan realiti Korea Selatan yang mula ditayangkan pada 22 November 2010. Ia dibarisi pengacara Shin Dong-yup, Lee Young-ja dan Cultwo (Jung Chan-woo, Kim Tae-gyun). Choi Tae-joon menyertai rancangan ini sebagai pengacara dari 29 Ogos 2016 hingga 4 September 2017. Selepas 8 tahun bertugas sebagai pengacara, Jung Chan-woo telah keluar dari rancangan ini selepas siaran 23 April 2018 kerana masalah kesihatan.[1][2][3]Menurut keterangan rasmi rancangan ini melalui KBS, Hello Counselor merupakan sebuah rancangan bual bicara yang memfokuskan kepada orang biasa, tidak mengira umur atau jantina, yang bertujuan untuk merapatkan jurang komunikasi dengan berkongsi cerita tentang kehidupan. Episod baru disiarkan pada setiap hari Isnin di KBS2, dan ditayangkan semula bersama sari kata bahasa Inggeris seminggu kemudian di KBS World pada slot waktu yang sama.