Henri-Philippe Petain
Henri-Philippe Petain

Henri-Philippe Petain

Henri Philippe Benoni Omer Joseph Pétain (24 April 1856 – 23 Julai 1951), lebih dikenali sebagai Philippe Pétain (Perancis: [fi.lip pe.tɛ̃]), Marsyal Pétain (Maréchal Pétain atau The Lion of Verdun), ialah seorang panglima perang Perancis yang mendapat gelaran berprestij Marsyal Perancis, dan kemudian telah menjadi Ketua Negara Vichy Perancis (Chef de l'État Français), dari tahun 1940 hingga 1944. Pétain, berusia 84 tahun pada 1940, merupakan ketua negara tertua Perancis.Disebabkan kepimpinan tenteranya yang luar biasa semasa Perang Dunia I, terutama sewaktu Pertempuran Verdun, beliau telah dilihat sebagai seorang wira negara Perancis. Di ambang kejatuhan Perancis pada Jun 1940, Pétain telah dilantik Perdana Menteri oleh Presiden Lebrun di Bordeaux, dan Kabinet memutuskan untuk berdamai dengan Jerman. Keseluruhan kerajaan berpindah sementara ke Clermont-Ferrand, kemudian ke bandar spa Vichy di tengah Perancis. Kerajaannya mengundi bagi mengubah Republik Ketiga Perancis yang tercemar kepada Negara Perancis, iaitu sebuah rejim autoritarian. Petain menyertai kerajaan Paul Reynaud pada tahun 1940 semasa penjajahan Jerman. Disebalik mengukuhkan moral Perancis yang merudum, Petain menggesa perjanjian gencatan senjata, ini melemahkan mereka, tidak seperti Charles de Gaulle, yang ingin terus berjuang. Beliau mengambil alih kuasa dan menawarkan Jerman gencatan senjata pada 22 Jun 1940. Beliau berkhidmat sebagai ketua regim Vichy iaitu kerjasama baru dengan Jerman Nazi sehingga kegagalannya, dibicara selepas perang dan dihukum mati, tetapi de Gaulle menukar hukumannya kepada penjara seumur hidup..

Henri-Philippe Petain

Lahir Henri Philippe Benoni Omer Joseph Pétain
24 April 1856
Cauchy-à-la-Tour, Pas-de-Calais, Empayar Perancis Kedua
Pangkat Marsyal Perancis
Didahului oleh Joseph Paul-Boncour
Digantikan oleh Louis Maurin
Pasangan Eugénie Hardon Pétain
Anugerah Legion of Honor
Medalla Militar Sepanyol
Tahun perkhidmatan 1876–1944
Parti politik Tiada
Kesetiaan  Perancis
 Perancis (Vichy)
Pertempuran Pertempuran Verdun
Rif Wars, Morocco
Meninggal dunia 23 Julai 1951(1951-07-23) (umur 95)
Île d'Yeu, Vendée, Perancis
Perkhidmatan/cawangan Tentera Darat Perancis
Perdana Menteri Fernand Bouisson