Sambutan Hey!_Kau

"Hey! Kau" dikeluarkan pada Jun 2015 sebagai single sulung Sandra selepas tamat Mentor Legend.[3] Video lirik untuk lagu "Hey! Kau" di saluran YouTube rasmi Indigital pada 23 Ogos 2015. Sejak dilancarkan, ia telah meraih jumlah tontonan sebanyak 5 juta tontonan. "Hey Kau!" turut mendapat respon positif di Indonesia apabila lagu tersebut telah dimainkan di beberapa stesen radio di republik itu.