Hidrogen_astatida
Hidrogen_astatida

Hidrogen_astatida

Hidrogen klorida
Hidrogen florida
Hidrogen iodidaHidrogen astatida, juga dikenali dengan nama astatin hidrida, astatana atau astidohidrogen, ialah satu sebatian kimia dengan formula HAt. Ia terdiri daripada satu atom astatin yang terikat secara kovalen dengan atom hidrogen.[1]Sebatian kimia ini memiliki sifat-sifat yang sangat serupa dengan keempat-empat halida hidrogen yang lain, dan ia adalah asid yang terkuat antara mereka. Namun, keterdapatannya terhad kerana ia pantas mereput kepada unsur hidrogen dan astatin,[2] dan juga kerana separuh hayat pelbagai isotop astatin yang pendek. Oleh kerana kedua-dua atom ini memiliki keelektronegatifan yang lebih kurang sama, dan setelah ion At+ telah diperhatikan,[3] pemisahan kedua-dua atom ini dengan mudahnya menyebabkan atom hidrogen memiliki cas negatif, dan bukannya atom astatin. Oleh itu, satu sampel hidrogen astatida boleh melalui tindak balas yang berikut:Ini menghasilkan gas unsur hidrogen dan mendakan astatin. Satu pola untuk halida hidrogen, atau HX, adalah entalpi pembentukan menurun semakin kalanya meningkat. Sementara larutan hidroiodik adalah stabil, sebatian hidronium-astatida adalah jelas sekali tidak stabil jika dibandingkan dengan larutan air-hidrogen-astatin. Akhir sekali, radiolisis daripada nukleus astatin boleh merosakkan ikatan H-At.Tambahan lagi, astatin tidak mempunyai isotop yang stabil. Isotop astatin yang paling stabil, astatin-210, mempunyai separuh hayat selama kira-kira 8.1 jam, dan ini menyebabkan sebatian-sebatian kimianya susah untuk dikendalikan[4] kerana astatin akan mereput dengan cepat kepada unsur yang lain.