Etimologi Hieroglif_Mesir

Istilah "hieroglif" berasal dari kata sifat Yunani ἱερογλυφικά (hieroglyphiká), iaitu kata majmuk yang terdiri dari ἱερός (hierós 'suci') dan γλύφω (glýphō 'mengukir'; rujuk glif). Glif-glif ini sendiri dipanggil τὰ ἱερογλυφικά γράμματα (tà hieroglyphiká grámmata, 'huruf-huruf ukiran suci'). Istilah "hieroglif" sudah menjadi kata nama baik dalam bahasa Inggeris mahupun Melayu, yang bermaksud aksara hieroglif individu.

Tulisan hieroglif ini mula-mula sekali direka oleh orang Mesir sekitar tahun 3200 SM. Terdapat lebih 700 aksara hieroglif yang sudah diketahui. Bukan semua aksara ini melambangkan huruf, malah ada yang melambangkan perkataan penuh. Tidak ramai orang Mesir purba yang pandai membaca dan menulis; yang pandai pula bergelar katib.

Para katib lazimnya memulakan pembelajaran apabila berusia sekitar tujuhh tahun. Proses belajar cara membaca dan menulis mengambil beberapa tahun. Banyak sekali kerja yang perlu diusahakan katib Mesir purba kerana perlu menulisa dan mengukir pada bermacam-macam benda, apatah lagi perlu banyak berkhidmat kepada firaun. Di makam firaun, katib biasanya mengukir kisah hidup firaun yang dikembumikan, itupun agak mencaabr, namun berbaloi jika hendak membandingkan gajinya.

Batu Rosetta merupakan penemuan hieroglif tergempar dalam sejarah moden apabila dijumpai sekitar tahun 1799. Tokoh yang diberi penghargaan kerana mentafsir batu bersurat tersebut ialah Jean-Francois Champollion. Penemuan Batu Rosetta mencetuskan banyak lagi penemuan catatan hieroglif. Champollion mengenal pasti serba sedikit bahasa Yunani pada batu ini. Seorang lelaki bernama Thomas Young pula dapat menemui kata-kata “dan” dan “raja” dari tulisan demotiknya.