Perkembangan High_School_Musical_3

Pada Februari 2007, Disney mengumumkan rancangan untuk menghasilkan sebuah filem lanjutan siri tersebut yang bertemakan Halloween dengan nama "Haunted High School Musical." Pada September tahun tersebut, Disney pula mengumumkan bahawa mereka telah memansuhkan rancangan untuk tema Halloween tetapi pula berfokus terhadap tahun terakhir watak-watak penting di East High. Merujuk kepada berita Yahoo, pengarang asal untuk dua filem pertama, Peter Barsocchini, akan meneruskan penulisan skrip High School Musical 3. Penerbit dan pengarang asal Kenny Ortega juga akan meneruskan penghasilan filem ini. Ortega mengesahkannya kepada Access Hollywood. Studio Walt Disney menyatakan bahawa "tiada ikatan kontrak bagi pelakon-pelakon untuk meneruskan pelakonan dalam filem ini. Oleh itu, kami sedang berunding dengan enam pelakon utama dan agak optimistik terhadapnya. Zac Efron mengatakan bahawa " Saya boleh memberitahu anda bahawa skrip adalah baik dan sekiranya kami semua sebulat suara terhadap skrip yang terakhir, tiada apa-apa yang boleh menghalangkan kami daripada melakonkannya. Kami amat berseronok apabila berlakon dalam filem-filem ini dan keadaan ini agak jarang berlaku dalam urusan bisnes."

Kenny Ortega, pengarang kepada High School Musical dan High School Musical 2, menyatakan bahawa pra-produksi kemungkinan besar akan dimulakan pada Januari 2008, dan perfileman akan dimulakan pada musim bunga Spring 2008. Beliau menyatakan bahawa skrip telah dihantar dan mereka sedang memperkembang muzik filem. Beliau juga menyatakan bahawa perfileman akan dijalankan di Salt Lake City, Utah (sama seperti dua filem pertama dan plot filem tersebut akan berkaitan dengan sifat asli tahun terakhit Wildcat.