Sinopsis Hijrah_Jannah

Setelah berkahwin dengan Syawal Fitri, Janet memeluk islam dan lantas dibuang keluarganya. Namun kesukaran hidupnya itu bertambah buruk apabila ibu syawal, Puan Sri Rafidah bertekad untuk menyeksa hidup menantunya itu. Setiap langkah Janet, kini Jannah tidak pernah betul, ada sahaja yang tidak kena.

Kebenciannya terhadap Jannah membawa kepada dia memaksa anaknya untuk berkahwin lagi sekali, kini dengan wanita pilihannya, Munirah. Syawal akur dan menerima Munirah, tetapi dia tidak sama sekali menyangka isteri baharunya itu merupakan seorang yang berpura-pura baik sahaja.

Pernikahannya dengan Munirah bakal membawa pergolakkan di antara Syawal dan Jannah. Demi mendalami agama baharunya, Jannah mengambil inisiatif untuk belajar dan dalam proses berkenaan, dia berkenalan dengan Zakri, salah seorang fasilitator di pusat pembelajarannya itu.

Zakri simpati dengan nasib Jannah dan pada masa yang sama menyimpan perasaan terhadapnya. Munirah yang sedar tentang perasaan dan niat Zakri mengambil peluang ini untuk menyemai benih sangsi di dalam hati Syawal.