Sinopsis Hikayat_Cinta_Si_Pematah_Hati

Mengisahkan Wafeen Wardah (Nabila Razali) mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Daniel Elhan (Hafreez Adam). Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah pada suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Rayyan Rayqarl (Alif Satar).

Rayyan Rayqarl yang kehilangan ibunya telah disisihkan oleh ayahnya yang berkahwin dengan bekas orang gaji. Rayyan Rayqarl mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja sudah mempunyai kekasih iaitu Daniel. Daniel Elhan sebenarnya adik tiri kepada Rayyan Rayqarl. Sifat Rayyan yang menggemari kuih karipap pusing yang kerap dibuat oleh Wafeen. Mengingatkan Wafeen pada seorang lelaki pada zaman kanak-kanaknya. Disitulah dia mulai mengenal pasti yang lelaki tersebut adalah Rayyan.

Sementara itu, Daniel pula dipaksa bertunang dengan Tengku Zarynn (Nadiyah Shahab) membuatkan Wafeen sangat kecewa. Daniel pula tidak dapat melupakan Wafeen dan mencuba untuk merisik Wafeen bagi pihaknya. Rayyan yang mendapat tahu perkara tersebut lalu dia merancang sesuatu dengan Tengku Zarynn bagaimana cara untuk memenangi hati Wafeen agar menjadi isterinya.