Hikayat_Ghulam

Hikayat Ghulam juga dikenali sebagai Hikayat Raifa 'Aifami Azabakh, atau Hikayat Zadabakhtin merupakan sebuah hikayat lama Melayu yang terpengaruh oleh corak kesusasteraan Parsi. Tajuk hikayat ini telah tersenarai dalam daftar Werndly yang disediakan pada T. M. 1736. Ini bererti ia wujud sebelum tarikh itu lagi. Hikayat Ghulam ini terjumlah ke dalam golongan cerita-cerita berbingkai, dengan kisah putera raja itulah yang menjadi cerita bingkainya. Hikayat ini ia­lah salinan daripada hikayat Arab yang berasal daripada hikayat Parsi jua. Menurut catitan di dalam sebuah naskah yang tersimpan di dalam kutub-khanah Leiden , bahawa hikayat ini telah di salin ke bahasa Melayu dari bahasa Arab oleh 'Abdul Wahab Siantan.