Menu
Hikayat_Ghulam RingkasanBentuk cerita yang menjadi bingkai atau pokok cerita hikayat ini ada berbeza sedikit daripada bingkai cerita Hikayat Bakhtiar. Ringkasan bingkai cerita Hikayat Ghulam itu ialah demikian:
Raja Azabakh di negeri 'Ajam (Parsi) ada mempunyai sepuluh orang wazir dan seorang shah bandar. Dalam suatu temasya, Raja Azabakh telah terpandang kepada wajah anak perempuan shah bandar yang cantik parasnya itu, menyebabkan baginda jatuh asyik dan akhirnya baginda telah kahwin dengannya; tetapi dari peristiwa perkahwinan ini telah membukakan jalan bagi shah bandar itu merampas takhta kerajaan baginda.
Bersama-sama dengan isteri baginda yang pada masa itu dalam keadaan hamil, Raja Azabakh telah meninggalkan negeri dengan tujuan hendak mencari perlindungan di sebuah negeri lain. Dalam pelarian itu, pada suatu malam isteri baginda telah melahirkan seorang putera; tetapi kerana baginda suami isteri itu sentiasa terancam oleh bahaya kelaparan maka kanak-kanak itu terpaksa ditinggalkan. Tuhan maha mengasihani, kanak-kanak ini telah dijumpai oleh seorang kepala peyamun lalu dipeliharanya hingga besar.
Ada pun Raja Azabakh itu, selang tiada berapa lamanya telah mendapat bantuan daripada seorang raja, lalu merampas kembali takhta kerajaan negeri 'Ajam itu.
Tersebut pula kisah kepala penyamun itu pada suatu hari ia telah ditewaskan oleh kafilah seorang saudagar dan tertangkap bersama-sama dengan sekalian orang-orangnya termasuk juga Ghulam; mereka telah dibawa mengadap Raja Azabakh. Baginda amat tertarik hati melihat Ghulam dengan tiada mengetahui bahawa anak itu ialah puteri baginda sendiri, lalu disuruh baginda ia bekerja di dalam istana.
Makin lama semakin pula mesra kasih baginda akan Ghulam hingga ia dikurniakan jawatan tinggi dalam istana; kerana itu dengkilah sekalian menteri-menteri akan dia, masing-masing mencari jalan hendak membinasakannya. Akhirnya maka dapatlah juga mereka menyusun tipu muslihat hingga menjadikan seolah-olah ada perhubungan sulit di antara Ghulam dengan permaisuri; tetapi permaisuri, dengan mengikut helah yang diajarkan oleh menteri-menteri kianat itu, dapatlah melepaskan dirinya dengan mengatakan Ghulam yang mencuba memujuknya.
Menteri-menteri yang dengki itu berulang-ulang mengasut raja supaya Ghulam dihukum bunuh. Ghulam tetap tiada mengaku berdosa, diberinya alasan dengan jalan bercerita.
Tiada lama kemudian kepala penyamun pun telah menceritakan satu persatu kepada raja bagaimana peristiwa ia menemui dan mengambil Ghulam dijadikannya anak angkat, serta diterangkannya bukti-buktinya sekali. Setelah mendengarkan cerita itu barulah raja mengetahui bahawa yang sebenarnya Bakhtiar ialah putera baginda sendiri yang telah ditinggalkan di dalam hutan dahulu.
Hikayat Ghulam mengandungi sembilan cerita, iaitu:
Menu
Hikayat_Ghulam RingkasanBerkaitan
Hikayat Hang Tuah Hikayat Merong Mahawangsa Hikayat Tiga Kerajaan Hikayat Seribu Satu Malam Hikayat Seri Rama Hikayat Raja-raja Pasai Hikayat Putera Shazlan Hikayat Indera Putera Hikayat Hikayat Sang KancilRujukan
WikiPedia: Hikayat_Ghulam http://books.google.com.my/books?id=dtNx3QcEg_cC&p...