Hikayat_Johor

Hikayat Johor ditulis oleh Haji Said Haji Sulaiman. Hikayat merupakan salah satu daripada kesasteraan bahasa Melayu yang mengisahkan sejarah Bugis abad ke-19 di Riau dan Selangor. Ia dipercayai ditulis sekitar 1810 dan manuskrip yang ada bertarikh 1849.Menurut Haji Said Haji Sulaiman, selepas kemangkatan Sultan Mahmud 'mangkat dijulang' maka terputuslah nasab keturunan Sultan Johor.Selepas kemangkatannya, kerajaan Johor diperintah oleh golongan Bendahara dengan dilantik putera Tun Habib Dato Bendahara Sri Maharaja Padang Saujana Johor sebagai sultan dengan gerlaran Sultan Abdul Jalil. Namun mengikut buku Salasilah Melayu dan Bugis, keturunan Raja dan Bendahara Johor adalah berasal daripada satu keturunan.Jadi pemerintah Johor selepas tahun 1699 adalah daripada keturunan Bendahara Melaka.[1]
Buku ini juga mengisahkan sejarah sultan di Teluk Ketapang , peperangan antara Raja Haji dengan Belanda yang berakhir dengan kematian Raja Haji. Banyak diceritakan tentang pengembaraan, peperangan dan hubungan raja-raja lain di kepulauan Melayu. Bahagian akhir Hikayat Negeri Johor ialah peristiwa yang berlaku di Selangor , apabila Riau telah ditawan, Raja-raja Bugis masih mengekalkan pengaruh mereka di Riau.[2]