Hikayat_Sri_Rama
Hikayat_Sri_Rama

Hikayat_Sri_Rama

Hikayat Seri Rama merupakan satu sastera yang berasal dari India.Hikayat ini mula diterjemah dan diubah suai kedalam bahasa Melayu kira-kira pada penghujung kurun Masihi yang ke-XIV. Ini berdasarkan terdapat sebuah naskah asalnya yang dimiliki oleh Archbishop Laud telah tersimpan dari semenjak T.M. 1633 di dalam Bodleian Library, Oxford, England. [1][2]Kitab Sirat ul-Mustakim yang telah dikarang pada tahun Hijrah 1044 (T.M. 1634) oleh Shaikh Nuruddin al-Raniri, turut menyebut mengenai Hikayat Seri Rama ini, membuktikan bahawa ia masih terkenal pada masa itu.