Himno_de_Riego

Himno de Riego adalah suatu lagu yang pernah digunakan dalam peringkat kebangsaan di Sepanyol semasa ia mengharungi zaman-zaman Republik Pertama (1873–1874) dan Kedua (1931-1939).Irama agu ini digubah oleh José Melchor Gomis manakala seni kata lagu tersebut dikarang oleh Evaristo Fernández de San Miguel [es]. Ia dinamakan sempena Rafael del Riego, seorang kolonel dalam Tentera Sepanyol yang memimpin suatu pemberontakan menentang pemerintahan mutlak Raja Ferdinand VII lalu membentuk suatu pemerintahan rampasan kuasa yang baharu.