Hinokitiol
Hinokitiol

Hinokitiol

Hinokitiol (β-thujaplicin) adalah monoterpenoid semula jadi yang boleh ditemui dalam batang kayu pokok dari keluarga Cupressaceae. Ia adalah terbitan dari tropolon dan salah satu daripada thujaplicins.[2] Hinokitiol digunakan secara meluas dalam produk rawatan dan penjagaan mulut disebabkan oleh ciri tindakan antiviral spektrum luasnya,[3] antimikrobial[4] dan anti radang.[5] Hinokitiol terdiri daripada Zink dan Zat Besi Ionofor, yang mana bahan-bahan ini diluluskan sebagai bahan tambahan makanan.[6]Nama Hinokitiol berasal daripada fakta bahawa pada mulanya ia diasingkan daripada batang pokok hinoki Taiwan pada tahun 1936.[7] Ia sebenarnya hampir tiada dalam batang pokok hinoki Jepun sementara kandungan kepekatannya adalah tinggi (sekitar 0.04% daripada jisim batang pokok tua) dalam Juniperus cedrus, kayu Cedar Hiba (Thujopsis dolabrata) dan Cedar Merah Barat (Thuja plicata). Ianya sedia diekstrak daripada kayu cedar menggunakan pelarut dan gelombang pemisah ultrasonik.[8]Struktur Hinokitiol mempunyai kaitan dengan tropolon, iaitu ianya kekurangan pengganti isopropil. Tropolon lebih dikenali sebagai ejen pengelatan.

Rujukan

WikiPedia: Hinokitiol http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.3485.... http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/0... http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S... http://www.sigmaaldrich.com/catalog/ProductDetail.... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19483786 http://www.commonchemistry.org/ChemicalDetail.aspx... //doi.org/10.1139%2FW08-161 http://www.ewg.org/skindeep/ingredients/702859-HIN... https://www.astivita.com.au/ https://www.asx.com.au/asxpdf/20200520/pdf/44hzh0v...