Himpunan_Oren_2012

Himpunan Oren 2012 merujuk kepada perarakan ke Istana Negara anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) pada hari Sabtu, 14 Julai 2012 , jam 2.00 petang dari perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Memorandum akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia.Sasaran mereka, 20,000 penyokong tegar akan hadir.Himpunan itu anjuran ANAK bersama Bersih, PPSMI, Lynas dan GMI. Laluan perarakan dari Masjid Wilayah Persekutuan, Lembaga Peperiksaan ke Segambut seterusnya ke pintu Istana Negara.
FELDA adalah Institusi yang diwujudkan pada 1 Julai 1956.Terdapat 112,635 peneroka Felda seluruh negara dengan 23,000 kakitangan Kumpulan Felda. Ada 45,000 pekerja Ladang Felda Plantation .537,738 hektar tanah kebun peneroka. Terdapat 367,710 hektar tanah Felda Plantation. Ada 317 Tanah Rancangan Felda di seluruh negara. Ada 150 Ladang Felda Plantation.Ada 47 anbak-anak syarikat Felda dan 97 peratus peneroka Felda adalah orang Melayu.[1]

Rujukan

WikiPedia: Himpunan_Oren_2012 http://www.malaysiakini.com/news/203588 http://www.malaysiakini.com/news/203638 http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/7... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/7... http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file... http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pe... http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/ahma... http://www.sinarharian.com.my/nasional/anak-dapat-... http://www.sinarharian.com.my/semasa/himpunan-oren... http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama...