Pendidikan Hinduisme_di_Malaysia

Semua pelajar India dibenarkan bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Tamil atau di sekolah kebangsaan. Sistem pendidikan di Malaysia membenarkan bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SRJKT). Begitu juga dengan bahasa Cina dijadikan bahasa dibenarkan menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC). Hal ini berterusan sehingga selepas Malaysia merdeka pada tahun 1957. Seterusnya ditegaskan lagi dalam Penyata Razak dan seterusnya.

Kebanyakan sekolah rendah Tamil terletak di ladang-ladang dan hampir semua pelajarnya dari kaum India yang tinggal di ladang tersebut. Ladang-ladang ini telah bertukar menjadi bandar dan kawasan perumahan moden. Penduduk India yang tinggal di bandar turut bersekolah di sekolah rendah Tamil ini yang dahulunya merupakan sekolah ladang. Subjek Matematik dan Sains diajar dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Tamil. Sebaliknya subjek Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan diajar dalam bahasa Ingggeris. Tahap penguasaan pelajar India dan Cina terhadap bahasa Inggeris lebih baik daripada pelajar Melayu kerana faktor latar belakang ibu bapa dan sebagainya.

Di peringkat sekolah menengah, bahasa Tamil dan bahasa Cina tidak menjadi bahasa pengantar. Sebaliknya menjadi satu subjek sahaja dengan 6 waktu setiap minggu (6 waktu X 40 minit) yang dipanggil POL. Di sekolah menengah, pelajar India dan Cina bercampur dengan pelajar Melayu dan lain-lain dalam konteks masyarakat majmuk. Peluang untuk berinteraksi dan saling mengenali di antara pelbagai kaum hanya bermula di sekolah menengah sahaja. Salah faham, pertengkaran dan pergaduhan mudah berlaku tetapi dapat dikawal oleh guru-guru di sekolah kerana Kementerian Pelajaran sangat menekankan soal perpaduan kaum.

Bagi merapatkan jurang antara kaum, Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah dilakasanakan di sekolah dari semasa ke semasa.

Di peringkat universiti, pelajar dari pelbagai agama dan kaum cuba diletakkan dalam satu bilik tetapi kurang berjaya.

Rujukan

WikiPedia: Hinduisme_di_Malaysia http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.merinews.com/catFull.jsp?articleID=1282... http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opini... http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007... http://www.statistics.gov.my/portal/download_Popul...