Hipotesis_Bumi_Ungu
Hipotesis_Bumi_Ungu

Hipotesis_Bumi_Ungu

Hipotesis Bumi Ungu (HBU) merupakan sebuah hipotesis astrobiologi yang pertama kali dicadangkan oleh ahli biologi molekul Shiladitya DasSarma pada tahun 2007.[1] Hipotesis ini mencadangkan bahawa bentuk hidupan fotosintesis terawal sewaktu awal perkembangan Bumi adalah berdasarkan molekul retinaldehid yang lebih ringkas dan bukannya klorofil yang berasaskan porfirin yang lebih kompleks, sehingga menjadikan biosfera di permukaan Bumi kelihatan keunguan berbanding warna kehijauan yang dapat dilihat pada masa kini.[2][3] Ia dianggarkan berlaku antara 3.5 dan 2.4 bilion tahun dahulu, sebelum Peristiwa Pengoksigenan Besar dan pengglasieran Huron.[4]Membran sel yang mengandungi retinaldehid mempamerkan satu puncak serapan cahaya yang terkumpul dalam julat hijau-kuning (yang mempunyai banyak tenaga) pada spektrum boleh tampak, tetapi pada masa yang sama memantulkan semula cahaya merah dan biru sehingga menghasilkan warna magenta.[5] Berbanding dengan retinaldehid, pigmen klorofil pula menyerap cahaya merah dan biru tetapi hampir sedikit atau tiada cahaya hijau yang diserap, sehingga menghasilkan warna hijau yang merupakan ciri warna utama pada tumbuhan, alga hijau, sianobakteria serta segala organisma lain yang mempunyai organel klorofil. Sifat ringkas pigmen retina berbanding dengan sifat klorofil yang lebih kompleks, ditambah pula dengan perkaitannya dengan lipid isoprenoid dalam membran sel, serta penemuan komponen membran arkea dalam mendapan purba pada peringkat Bumi Awal adalah konsisten dengan penampilan awal bentuk kehidupan bermembran ungu, sebelum keunguan Bumi awal tersebut digantikan dengan warna firus laut Canfield dan kemudiannya organisma fotosintesis hijau.

Rujukan

WikiPedia: Hipotesis_Bumi_Ungu https://www.americanscientist.org/article/extreme-... https://doi.org/10.1511%2F2007.65.224 https://doi.org/10.1017%2FS1473550418000423 https://doi.org/10.1038%2Fscientificamerican0676-3... https://www.cambridge.org/core/journals/internatio... https://arxiv.org/abs/1810.05150 https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2018arXiv1810051... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2006AAS...209.06... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/1976SciAm.234f..... https://www.worldcat.org/issn/1473-5504