Karya Hippocrates

Askleipion di Kos, sebuah pulau Greece.

Karya-karya Hippokrates memperkenalkan kerahsiaan penyakit, satu amalan yang masih dikekalkan pada hari ini. Ini diperihalkan di bawah Sumpah Hippokrates dan karya-karyanya yang lain. Hippocrates menyarankan bahawa pakar-pakar perubatan mencatatkan dapatan dan kaedah perubatan mereka supaya rekod-rekod itu boleh disampaikan dan digunakan oleh pakar-pakar perubatan yang lain.

Karya-karya Hippokrates yang lain mengaitkan trait personaliti dengan kelimpahan relatif untuk empat humor dalam badan: kahak, hempedu kuning, hempudu hitam, serta darah, dan merupakan pengaruh yang utama kepada Galen dan perubatan zaman pertengahan yang kemudian.

Hippocratic Corpus merupakan satu himpunan yang terdiri daripada hampir 60 buah karya yang ditulis antara tahun 430 SM dan 200 Masihi. Himpunan ini sebenarnya merupakan sekumpulan teks yang ditulis oleh banyak orang yang mempunyai sudut pandangan yang berbeza dan yang telah salah digolongkan di bawah nama Hippokrates, mungkin oleh Perpustakaan Alexandria. Tiada sebarang teks yang termasuk dalam Corpus boleh dianggap sebagai ditulis oleh Hippokrates sendiri, dan sekurang-kurangnya satu daripada karya itu ditulis oleh Polybus, menantu lelakinya.

Karya Hippocrates yang paling terkenal ialah Sumpah Hippokrates; bagaimanapun, teks ini bukan ditulis oleh Hippokrates sendiri. Satu peraturan perubatan terkenal yang tak lapuk dek zaman dan dianggap berasal daripada Hippocrates ialah Primum non nocere ("pertama, buat yang tiada mudarat"); lagi satu ialah Ars longa, vita brevis ("seni adalah panjang, dan hidup pendek sahaja").

Senarai karya

Antara karya-karya berikut, tiada sebarang yang boleh membuktikan bahawa ini merupakan karya Hippocrates, tetapi telah dianggap sebagai sebahagian Corpus Hippocraticum: