Hiroki_Kuroda
Hiroki_Kuroda

Hiroki_Kuroda

Hiroki Kuroda (黒田 博樹, Kuroda Hiroki, lahir 10 Februari 1975) merupakan bekas pemain besbol Jepun yang beraksi sebagau pelempar. Beliau telah beraksi untuk pasukan yang bersaing di Nippon Professional Baseball (NPB) iaitu Hiroshima Toyo Carp dari tahun 1997 sehingga 2007 sebelum berhijrah ke Major League Baseball (MLB) untuk menyertai Los Angeles Dodgers pada tahun 2008. Pada tahun 2012, beliau berpindah ke New York Yankees sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Jepun pada 2014 iaitu pulang ke pasukan lamanya, Carp bagi menamatkan kariernya di sana.Di pentas NPB, Kuroda telah meraih anugerah Best Nine Award pada tahun 2005 dan mencatatkan ERA terbaik pada 2006. Beliau juga peraih pingat gangsa menerusi kejohanan Sukan Olimpik 2004 bersama pasukan kebangsaan Jepun.Kuroda telah dilantik sebagai Duta Muhibah UNITAR pada 14 September 2015.[1]

Hiroki_Kuroda

Rekod menang-kalah 79–79
Strikeout 986
Purata peroleh larian 3.45