Sinopsis Hisagi_Shūhei

Babak Soul Society

Semasa peristiwa pencerobohan Soul Society oleh beberapa ryoka (roh asing), Shūhei telah bertarung dengan shinigami Tempat Kelima dari Bahagian ke-11, Ayasegawa Yumichika. Walaupun kedudukan Shūhei lebih tinggi, dia ditewaskan oleh Yumichika yang menggunakan tahap pertama zanpakutōnya; kuasa semangat Shūhei diserap oleh Yumichika. Shūhei mengatakan bahawa Yumichika bermain kotor dalam pertarungan mereka.

Selepas mengetahui bahawa Tōsen bersekongkol dengan pembelot Aizen Sōsuke, Shūhei dan sahabat Tōsen, Kaptan Komamura Sajin dari Bahagian ke-7, bersama-sama melawat pusara kawan Tōsen. Mereka bersetuju untuk mencelikkan mata Tōsen bagi melihat sikap sebenar Aizen. Sejurus selepas itu, Shūhei dilihat cuba membantu Kira yang sudah mabuk setelah meminum sake bersama-sama Matusumoto Rangiku.

Sementara itu, Shūhei telah mengambil alih tugas kaptannya. Tōsen dahulunya melakukan kebanyakan tugas yang diamanahkan kepada bahagiannya. Maka, Shūhei yang kini terpaksa menjalankan tanggungjawab bagi dua orang berasa agak tertekan.

Babak Bount

Shūhei dan lain-lain telah ditugaskan oleh Hitsugaya Tōshirō untuk mengalahkan Bount di dunia sebenar. Dia menyelamatkan Inoue Orihime dan Kuroud daripada Kuchiki Rukia yang sedang dikuasai oleh doll Mabashi, Ritz. Rukia mampu mengawal dirinya buat seketika dan menyuruh Shūhei serta Orihime untuk membunuhnya agar tidak berpeluang untuk mencederakan sahabatnya. Shūhei bersiap sedia untuk menyerang tetapi Orihime menghalangnya dan memaksa Ritz keluar daripada tubuh Rukia dengan kuasa Sōten Kisshun. Ritz cuba merasuki Orihime tetapi gagal kerana dimusnahkan oleh Shūhei. Tetapi, Shūhei tidak sempat membunuh Mabashi kerana diganggu oleh Ichinose Maki yang tiba di tempat kejadian untuk membawa Mabashi keluar dari sana. Selepas Ayasegawa Yumichika menjumpai tempat persembunyian Bount, Kira, Shūhei. Yumichika dan Matsumoto diserang hendap oleh doll Ugaki, Gesell. Mereka berusaha untuk melengahkan masa agar dapat memberi peluang kepada Ichigo dan Renji untuk mara ke hadapan.

Berkaitan