Hispaniola

Hispaniola (Jawi: هيسڤانيولا, Sepanyol: La Española) merupakan sebuah pulau yang terdapat di Laut Caribbean. Pulau ini terdiri darpada dua buah negara iaitu Haiti di barat dan Republik Dominika di timur. Pulau ini berada di antara negara Cuba dan Jamaika serta Puerto Rico. Hispaniola mungkin merupakan tapak jajahan Eropah pertama yang paling terkenal di Dunia Baru. Koloni tersebut diasaskan oleh Christopher Columbus ketika pelayaran beliau pada tahun 1492 dan 1493. Pulau ini adalah pulau kesembilan terpadat penduduknya di dunia dan pulau terpadat di benua Amerika. Selain itu, Hispaniola juga adalah pulau kedua terbesar di Caribbean dan pulau ke-22 terbesar di dunia.

Rujukan

WikiPedia: Hispaniola http://maps.google.com/maps?ll=18.907471,-71.19140... //scholar.google.com/scholar?q=%22Hispaniola%22 //www.google.com/search?&q=%22Hispaniola%22+site:n... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Hispa... //www.google.com/search?q=%22Hispaniola%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Hispaniola%... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... http://esa.un.org/unpp/ //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=H... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Hispan...