Aktiviti Hizbullah

Krisis di Syria

Semasa awal perang saudara di Syria pada tahun 2011, Hizbullah tidak menunjukkan sokongan terbuka kepada kerajaan Syria pimpinan Bashar al-Assad.Walaupun diketahui bahawa Hizbullah dan Syria adalah sekutu kuat kerana berpegang pada mazhab yang sama, Syiah. Tetapi pada tahun 2013, akibat tekanan dan tentangan kuat Free Syrian Army, menyebabkan kerajaan Syria hampir tewas. Hizbullah tanpa teragak- agak telah menunjukkan sokongan terbuka kepada Bashar al-Assad. Tidak cukup dengan itu, ribuan tentera Hizbullah dikerahkan untuk memerangi Free Syrian Army terutamanya di bandar Al-Qusayr, Homs. Bandar ini menjadi medan pertempuran penting kerana kedudukannya bersempadan dengan Lubnan. Bandar Al-Qusayr akhirnya ditawan Kerajaan Syria atas bantuan Hizbullah. Kini Hizbullah melatih tentera-tentera kerajaan Syria untuk menawan bandar kedua terbesar Syria pula, Aleppo.