Sejarah Hobart

Rencana utama: Sejarah Hobart

Penempatan Eropah yang pertama bermula pada tahun 1803 sebagai sebuah wilayah buangan jenayah di Risdon Cove di persisiran timur Sungai Derwent, berikutan kebimbangan British ke atas kehadiran penjelajah Perancis. Pada tahun 1804, ia telah dipindahkan ke lokasi yang lebih baik di lokasi Hobart kini di Sullivans Cove. Bandar ini, pada mulanya dikenali sebagai Hobart Town (Pekan Hobart) atau Hobarton, dinamakan sempena Lord Hobart, setiausaha negeri British untuk perang dan jajahan.

Penduduk asal kawasan ini ialah ahli suku separa nomad Mouheneener.[11] Konflik ganas dengan penduduk Eropah, dan kesan-kesan penyakit yang dibawa oleh mereka, secara mendadak mengurangkan populasi orang asli, yang pesat digantikan dengan penduduk peneroka bebas dan banduan. Charles Darwin melawat Hobart Town pada Februari 1836 sebagai sebahagian daripada ekspedisi Beagle. Beliau menulis mengenai Hobart dan muara Derwent di dalam bukunya Voyage of the Beagle:

...Bahagian bukit-bukit keliling yang lebih rendah teluk dibersihkan; dan ladang jagung yang kuning terang, dan kentang yang hijau gelap, kelihatan sangat subur... Saya sebahagian besarnya terpukul dengan sedikitnya rumah-rumah besar, sama ada yang sudah dibina atau sedang dibina. Hobart Town, daripada banci tahun 1835, mempunyai 13,826 orang penduduk, dan seluruh Tasmania 36,505 orang.

Sungai Derwent adalah salah satu pelabuhan laut dalam yang terbaik di Australia dan merupakan pusat dagangan penangkapan ikan paus dan anjing laut Lautan Selatan. Penempatan ini dengan pantas berkembang menjadi pelabuhan utama, dengan industri berkaitan seperti pembinaan kapal.

Hobart Town menjadi sebuah bandar pada 21 Ogos 1842, dan telah dinamakan semula Hobart dari awal 1881.[12]