Holartik
Holartik

Holartik

Holartik merupakan ekozon bumi yang merangkumi majoriti habitat yang ditemui di seluruh benua-benua utara di dunia. Rantau ini terdiri daripada: Paleartik yang terdiri daripada Utara Afrika dan seluruh Eurasia kecuali Asia Tenggara dan benua kecil India; dan Neartik yang terdiri daripada Amerika Utara di utara Mexico selatan. Ianya terbahagi lagi kepada pelbagai kawasan ekologi. Kebanyakan ekosistem, serta komuniti-komuniti fauna dan flora yang bergantung padanya, ditemui di serata benua-benuanya di sebahagian nesar ekozon ini. Keselanjaran ekosistem-ekosistem ini berpunca daripada sejarah pengglasieran yang am di seluruh ekozon ini. Alam Boreal yang floristik adalah bersamaan dengan ekozon Holartik.