Eurasia
Eurasia

Eurasia

Eurasia adalah sebuah tanah besar yang mencakupi sekitar 52,990,000 km2 (20,846,000 batu2) atau kira-kira 10.6% daripada permukaan Bumi (36.2% kawasan tanah). Seringkali dianggap sebagai benua tunggal,[1] Eurasia terdiri daripada benua tradisional Eropah dan Asia (dengan Eurasia menjadi sebuah daripada dua buah kata gembleng), satu konsep yang bertarikh sehingga era antik klasik. Afro-Eurasia, adalah 2 kelompok benua iaitu Eurasia dengan Afrika yang bertemu di Terusan Suez.Eurasia didiami hampir 4.6 bilion penduduk, lebih daripada 72.5% jumlah penduduk dunia. Terdapat dakwaan namun fakta ini masih dalam perdebatan yang mengatakan, manusia pertama datang ke Eurasia adalah dari benua Afrika, dianggarkan sekitar 125,000 hingga 60,000 tahun yang lalu.[2][3]

Eurasia

Zon masa UTC to UTC+12
Ketumpatan penduduk 84/km2
Penduduk 4,620,000,000 (2010)
Kawasan yang tidak diiktiraf 8
Kawasan 54,759,000 km2
Negara 92 (senarai)
Demonim Serani
Kebergantungan 9