Am Holosen

Ramai yang setuju bahawa Holosen bermula kira-kira 12,000 tahun SK (sebelum masa kini), iaitu sekitar tahun 10,000 SM, mengikuti tempoh pengglasieran Wisconsin (juga dikenali sebagai Zaman Ais Baltik-Scandinavia atau glasial Weichsel). Holosen juga terbahagi kepada lima selang masa atau kronozon, berdasarkan perubahan iklim:

Perhatian: "ka" bererti "ribu tahun" (pentarikhan C14 tak tertentukur)

Zaman ketamadunan manusia wujud dalam zaman Holosen sahaja. Bagaimanapun, telah ditemui beberapa batang seruling yang dihasilkan kira-kira 20,000 hingga 25,000 tahun dahulu, oleh itu dianggap sebagai alat muzik terawal. Pengelasan zaman iklim Blytt-Sernander yang mula-mulanya ditentukan mengikut usia bangkai tumbuhan dalam lumut gambut, kini tinggal kepentingan bersejarah semata-mata. Skim ini ditakrifkan untuk Eropah utara, tetapi diakui bahawa perubahan iklim dialami di seluruh dunia. Zaman-zaman yang ditentukan oleh skim ini merangkumi sebilangan kecil ayunan terakhir pra-Holosen dalam zaman glasial terakhir, kemudian mengelaskan iklim-iklim prasejarah lanjutan.

Para ahli paleontologi tidak menetukan apa-apa peringkat fauna untuk zaman Holosen. Jika perlunya pembahagian lagi, maka digunakanlah zaman-zaman perkembangan teknologi manusia seperti zaman-zaman Mesolitik, Neolitik, dan Gangsa. Itupun, zaman-zaman yang dimaksudkan oleh istilah-istilah tersebut adalah berbeza-beza mengikut penciptaan teknologi-teknologi tersebut di tempat-tempat berlainan di dunia.

Dari segi iklim, zaman Holosen juga boleh dibahagikan sama rata kepada zaman-zaman Hipsitermal dan Neoglasial; sempadan antaranya bersempena dengan permulaan Zaman Gangsa dalam tamadun Eropah. Pada pendapat sesetengah ilmuwan, timbulnya bahagian ketiga iaitu Antroposen yang bermula pada abad ke-18.[2]